Banyak sungguh sawang2 di dalam "rumah" saya ini.Mari kita sapu sekejap.
Saya tersangat sibuk, pernah juga disindir oleh teman.Sibuknya mengalahkan menteri!! Saya cuma mampu sengih dan menjawab.."Kalau menteri, tidaklah saya masih hidup menyewa dan bekerja siang dan malam begini,Sekadar meneruskan kehidupan".
Okeh, saya kene bermula dari October 2012.
Taraa!!!! October adalah antara bulan paling bermakna dalam hidup saya.Kesemuanya adalah birthday event!!
1. Harijadi suami kesayangan saya
2. Harijadi anak sulung saya
3. Harijadi adik perempuan saya
4. Harijadi adik ipar saya
Maka, saya membuat kejutan dengan membuat homemade brownies untuk sang suami pada malam harijadinya. Tiada creme, tp penuh dengan rasa chocolate yg yummy!!!! Selamat hari jadi, en.somi.....
Apabila pulang ke kampung halaman, kami merancang mengadakan majlis harijadi untuk kesemua October's birthday gegurl and boboy.Wahhhh!!!! Kebetulan kami pulang semasa Hari Raya Aidiladha ke-2 dan bersamaan harijadi anak lelaki saya, Ammar,maka suasana jadi lebihhhhh meriah dengan sepupu sepapat saya berkumpul di rumah saya.Diserikan lagi dengan kehadiran Pak Long yg jarang berjumpa.Adik and adik ipar saya pula masak shedap2- laksa, ketupat dll.Maka , hari itu adalah, Walllllllaaaaaaaaaaa!!!!
Ammar takut2 nak potong kek..Tapi lepas tu, sebok nyanyi "Epi beday!!".Huh!
Cuba teka, tiupan siapa yg memadamkan lilin2 di atas kek ?
Cakey untuk all October's birthday
Ammar's cake.Angry bird lagi tu...
His crying while chewing potato chips
Di SiNi BeRmULa CeRiTa......
Thursday, 22 November 2012
Friday, 30 March 2012
Brownies Cakes utk Kanak2 Riang!!!!!
Sudah lama saya tidak update apa2....dlm keadaan diri yg sekejap sihat, sekejap tidak, selalu saya terlupa utk update sesuatu disini.Oh ya!! Beberapa minggu lepas, rumah saya riuh dengan seluruh sisi keluarga saya berkumpul..Rumah comel saya kecoh dgn 4 orang kanak2 yg cukup riang dan teruja bila dapat bertemu.Sebelum semuanya tiba, saya sempat membakar brownies cakes yg diletak topping orange chocolate dan diserikan lagi dengan "sugar paste cartoon".
Sunday, 18 September 2011
Aduh!!!! Penat Sungguh!!
Setelah seharian melayan tetamu semalam ,saya,My Yin and my baby sama2 kepenatan dan sesungguhnya, rehat yg panjang sungguh didambakan...Tiada mood untuk memasak, saya cuma menyediakan ikan goreng dan daging goreng istimewa untuk My Yin...Psstt!!! Sebenarnya, My Yin request daging goreng kunyit, tapi, lain pula yg jadi...Layanzzzz
Daging Goreng Istimewa
300 gram daging- dihiris nipis
3 biji Bawang putih - ditumbuk lumat
4 Bawang merah -ditumbuk lumat
1 labu bawang besar -di potong bulat
Sedikit kicap pekat
3-5 biji cili padi - dihiris memanjang
Cara-cara :-
1. Daging, bawang2 yg ditumbuk dan kicap pekat digaul dan perap selama 1/2 jam- 1 jam .
2. Goreng perapan hingga masak.Masukkan cili padi.
3. Apabila hampir masak, masukkan bawang besar dan goreng hingga masak.
Thursday, 8 September 2011
Hobi Yang Tidak Mengenal Masa..
Sejak akhir2 ini, saya aktif memasak apa sahaja sebaik sampai ke rumah, walaupun jam emnunjukkan ke angka 10pm.Malam tadi, saya sibuk menumis serunding udang kepal sehingga seluruh rumah comel saya berbau tumisan cili dan bawang.Hobi saya yg satu ini, cukup mengujakan, dan adakalanya sang suami pelik juga, kenapa sang isteri ini belum tidur walaupun jam telah mencecah pukul 2am!! Malam ini pula, saya sibuk2 mencuba kek brownies yg nampaknya menyelerakan!! Sedang sang suami enak dibuai mimpi, saya ralit mencicip kek brownies bertemankan bulan dan bintang...ahaks!!!!
Wednesday, 7 September 2011
Selamat Hari Raya!!!!! Maaf Zahir Batin
Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, walaupun hari ini adalah hari ke 9 kita beraya.Tentu hujung minggu ini dipenuhi dengan pelbagai jemputan "open house" dan tentulah ramai juga yg terbabas diet dek kerana penangan sajian2 yg menyelerakan.Ada ketupat, rendang,lemang,nasi impit, kuah kacang, sate,nasi ayam, nasi tomato, spaghetti,lasagne,macaroni bakar dan mcm2 lagi yg tidak tersebut dek lidah dan tak terlintas di fikiran.Kepada semua, selamat menjamu selera dan berhati2 semasa memilih jaduah!
Sunday, 22 May 2011
Saya Kebosanan..
Hari ini merupakan hari ke 10 saya menjadi suri rumah sepenuh masa.Keadaan diri saya bertambah baik dan kecergasan mula kembali seperti sedia kala. I slept around 1 am last nite, just because i'm washing clothes and mengemas rak handbag dan membuang apa yg patut.Handbag yang saya beli di Jakarta 2 tahun lalu,masih ada yg buleh dipakai, saya bungkus cermat dan masukkan ke dalam rak yg sebenarnya dah macam tin sardin.Opps!!! saya bukanlah pengumpul tegar handbag, cuma, sikap penyayang saya ini, membuatkan kesian sgt nak buang mana2 yg dah tak buleh pakai..Apa yg patut saya buat?
Subscribe to:
Comments (Atom)
