Sunday, 18 September 2011

Aduh!!!! Penat Sungguh!!

Setelah seharian melayan tetamu semalam ,saya,My Yin and my baby sama2 kepenatan dan sesungguhnya, rehat yg panjang sungguh didambakan...Tiada mood untuk memasak, saya cuma menyediakan ikan goreng dan daging goreng istimewa untuk My Yin...Psstt!!! Sebenarnya, My Yin request daging goreng kunyit, tapi, lain pula yg jadi...Layanzzzz













Daging Goreng Istimewa

300 gram daging- dihiris nipis
3 biji Bawang putih - ditumbuk lumat
4 Bawang merah -ditumbuk lumat
1 labu bawang besar -di potong bulat
Sedikit kicap pekat
3-5 biji cili padi - dihiris memanjang

Cara-cara :-

1. Daging, bawang2 yg ditumbuk dan kicap pekat digaul dan perap selama 1/2 jam- 1 jam .
2. Goreng perapan hingga masak.Masukkan cili padi.
3. Apabila hampir masak, masukkan bawang besar  dan goreng hingga masak.

Thursday, 8 September 2011

Hobi Yang Tidak Mengenal Masa..

Sejak akhir2 ini, saya aktif memasak apa sahaja sebaik sampai ke rumah, walaupun jam emnunjukkan ke angka 10pm.Malam tadi, saya sibuk menumis serunding udang kepal sehingga seluruh rumah comel saya berbau tumisan cili dan bawang.Hobi saya yg satu ini, cukup mengujakan, dan adakalanya sang suami pelik juga, kenapa sang isteri ini belum tidur walaupun jam telah mencecah pukul 2am!! Malam ini pula, saya sibuk2 mencuba kek brownies yg nampaknya menyelerakan!! Sedang sang suami enak dibuai mimpi, saya ralit mencicip kek brownies bertemankan bulan dan bintang...ahaks!!!!

Wednesday, 7 September 2011

Selamat Hari Raya!!!!! Maaf Zahir Batin

Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, walaupun hari ini adalah hari ke 9 kita beraya.Tentu hujung minggu ini dipenuhi dengan pelbagai jemputan "open house" dan tentulah ramai juga yg terbabas diet dek kerana penangan sajian2 yg menyelerakan.Ada ketupat, rendang,lemang,nasi impit, kuah kacang, sate,nasi ayam, nasi tomato, spaghetti,lasagne,macaroni bakar dan mcm2 lagi yg tidak tersebut dek lidah dan tak terlintas di fikiran.Kepada semua, selamat menjamu selera dan berhati2 semasa memilih jaduah!

Sunday, 22 May 2011

Saya Kebosanan..

Hari ini merupakan hari ke 10 saya menjadi suri rumah sepenuh masa.Keadaan diri saya bertambah baik dan kecergasan mula kembali seperti sedia kala. I slept around 1 am last nite, just because i'm washing clothes and mengemas rak handbag dan membuang apa yg patut.Handbag yang saya beli di Jakarta 2 tahun lalu,masih ada yg buleh dipakai, saya bungkus cermat dan masukkan ke dalam rak yg sebenarnya dah macam tin sardin.Opps!!! saya bukanlah pengumpul tegar handbag, cuma, sikap penyayang saya ini, membuatkan kesian sgt nak buang mana2 yg dah tak buleh pakai..Apa yg patut saya buat?

Salam Perkenalan Untuk Semua...

Salam perkenalan buat semua.Semoga dapat bertukar2 fikiran di alam siber.Adios!!!!